Khamis, 18 Februari 2016

BENTUK-BENTUK ORGANISASI PERNIAGAAN

BENTUK-BENTUK ORGANISASI PERNIAGAAN

Terbahagi kepada tiga jenis iaitu Milikan Tunggal, Perkongsian dan Syarikat Berhad


CIRI-CIRI
MILIKAN TUNGGAL
PERKONGSIAN

1. Pemilikan

Seorang pemilik
2 – 20 orang
2 – 50 orang (perkongsian profesional)

2. Modal

Pemilik sendiri
Sumbangan pekongsi

3. Pembentukan

Didaftar dengan Pendaftar Perniagaan dan Majlis Kerajaan Tempatan
Didaftar dengan Pendaftar Perniagaan dan Majlis Kerajaan Tempatan

4. Kawalan dan Pengurusan

Pemilik sendiri
Pekongsi aktif - menyumbangkan modal dan ambil bahagian pengurusan

5. Liabiliti

Tidak terhad
Tidak terhad

6. Keuntungan

Diperoleh oleh pemilik
Dibahagikan kepada pekongsi mengikut perjajnian perkongsian

7. Cukai

Cukai pendapatan perseorangan
Cukai pendapatan perseorangan
*Pekongsi lelap - hanya menyumbangkan modal sahaja dan tidak mengambil bahagian dalam pengurusan.

Ahad, 14 Februari 2016


BADAPERAKAUNAN PROFESIONAL DI MALAYSIA


Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia (Malaysian Accounting Standard Board) – MASB

·        Ditubuhkan di bawah Akta Laporan Kewangan 1977
·        Lembaga ini mempunyai kuasa tersendiri untuk memaju dan menerbitkan piawaian perakaunan dan laporan kewangan di Malaysia.
·        Fungsi dan kuasa MASB;
1.   Menerbit piawaian perakaunan baru
2.   Menyemak dan membaiki piawaian perakaunan sedia ada
3.   Menentukan skop dan penggunaan piawaian perakaunan
4.   Melaksanakan tugas sebagai penasihat awam


Institut Akauntan Awam Bertauliah Malaysia (Malaysian Institute of Certified Publics Accountants) – MICPA

Ditubuhkan pada tahun 1965 di bawah Akta Syarikat 1965.
Bertujuan untuk memajukan profesion perakaunan di Malaysia dengan memberi latihan dan peperiksaan.
Untuk menjadi ahli MICPA;
1. Lulus semua bahagian peperiksaan yang dikendalikan.
2. mempunyai pengalaman bekerja sekurang-kurangnya 3 tahun.

Institut Akauntan Malaysia (Malaysia Institute of Accountants) – MIA

Ø Ditubuhkan pada tahun 1969 di bawah Akta Akauntan 1967.
Bertujuan untuk memperkembangkan profesion di Malaysia dan bertindak sebagai pendaftar akauntan.
Ahli-ahli MIA digelar akauntan awam (PA), akauntan berdaftar (RA) dan akauntan berlesen (LA).