Ahad, 14 Februari 2016


BADAPERAKAUNAN PROFESIONAL DI MALAYSIA


Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia (Malaysian Accounting Standard Board) – MASB

·        Ditubuhkan di bawah Akta Laporan Kewangan 1977
·        Lembaga ini mempunyai kuasa tersendiri untuk memaju dan menerbitkan piawaian perakaunan dan laporan kewangan di Malaysia.
·        Fungsi dan kuasa MASB;
1.   Menerbit piawaian perakaunan baru
2.   Menyemak dan membaiki piawaian perakaunan sedia ada
3.   Menentukan skop dan penggunaan piawaian perakaunan
4.   Melaksanakan tugas sebagai penasihat awam


Institut Akauntan Awam Bertauliah Malaysia (Malaysian Institute of Certified Publics Accountants) – MICPA

Ditubuhkan pada tahun 1965 di bawah Akta Syarikat 1965.
Bertujuan untuk memajukan profesion perakaunan di Malaysia dengan memberi latihan dan peperiksaan.
Untuk menjadi ahli MICPA;
1. Lulus semua bahagian peperiksaan yang dikendalikan.
2. mempunyai pengalaman bekerja sekurang-kurangnya 3 tahun.

Institut Akauntan Malaysia (Malaysia Institute of Accountants) – MIA

Ø Ditubuhkan pada tahun 1969 di bawah Akta Akauntan 1967.
Bertujuan untuk memperkembangkan profesion di Malaysia dan bertindak sebagai pendaftar akauntan.
Ahli-ahli MIA digelar akauntan awam (PA), akauntan berdaftar (RA) dan akauntan berlesen (LA). 

Tiada ulasan: